Ahad, 13 Disember 2020

BAB 1 (1.3) SINTAKSIS

 DEFINISI: Satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat.


FRASA

Tugas frasa ialah untuk menjadi SUBJEKPREDIKATOBJEK dan UNSUR KETERANGAN.

Jenis Frasa:

  • Frasa Nama
  • Frasa Kerja
  • Frasa Adjektif
  • Frasa Sendi Nama 
AYAT

 Ayat ialah unit tatabahasa yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang membawa sesuatu maksud.

Binaan Ayat:

  • Ayat Dasar
  • Ayat Tunggal
  • Ayat Transformasi
  • Ayat Majmuk
Jenis Ayat:
  • Ayat Penyata
  • Ayat Perintah
  • Ayat Majmuk
  • Ayat Seruan
Ragam Ayat:
  • Ayat Aktif
  • Ayat Pasif


 CONTOH

 POLA AYAT

 SUBJEK

 PREDIKAT

FN + FN

Aina

ialah seorang pengawas

FN + FA

Azim

seorang yang sangat pintar

FN + FK

Hafizah

sedang memasak

FN + FSN

Hafiz

berada di Kuala Lumpur

 

KLAUSA

 Klausa merupakan gabungan antara subjek dan predikat, menjadikan ia unsur ayat. 

JENIS KLAUSA: 

i) KLAUSA BEBAS/UTAMA 

Boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap jika disertakan dengan intonasi yang betul.

Contoh: Jadilah seorang yang rajin belajar.


ii) KLAUSA TIDAK BEBAS

 Tidak boleh berdiri sendiri kerana kekurangan subjek, predikat, atau kata hubung.

Contoh: supaya menjadi seorang yang berilmu pengetahuan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAB 1 (1.6) BINAAN AYAT

    BINAAN AYAT Ayat ialah  unit tatabahasa yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang membawa sesuatu maksud.  Unsur  yang terkan...