Pengenalan Linguistik Bahasa Melayu bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu. Pengetahuan mengenai sistem linguistik bahasa Melayu akan didedahkan supaya pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu dengan aplikasi yang betul dan berupaya mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang lazim berlaku di dalam bahasa tersebut. Melalui kursus ini, para pelajar dapat meningkatkan kemahiran asas mengenai sistem linguistik bahasa Melayu dengan baik.
KANDUNGAN SILIBUS:
- Proses Pembentukan Kata & Ayat
- Semantik
- Laras Bahasa
- Retorik
- Peristilahan & Kata Pinjaman
- Variasi Bahasa
- Wacana
- Perbandingan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris
Pada akhir pelajaran ini, saya akan dapat:
1. Menerangkan konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu
2. Mempamerkan kemahiran mengenal pasti maklumat-maklumat digital untuk digunakanbagi menganalisis konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu
3. Mendemonstrasikan keyakinan dan disiplin diri dalam mempraktikkan konsep danprinsip dinamika linguistik bahasa Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan