Ahad, 13 Disember 2020

BAB 1 (1.2) MORFEM

 DEFINISI: Morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna (TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN IAITU MORFEM BEBAS DAN MORFEM TERIKAT)


MORFEM BEBAS

Morfem yang boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna (KEBIASAANNYA KATA DASAR)

CONTOH MORFEM BEBAS

  • Angkat
  • Makan
  • Baca 
  • Saya
  • Awak
  • Kamu

 

MORFEM TERIKAT

Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan bantuan morfem bebas (IMBUHAN)

CONTOH MORFEM TERIKAT

  • Di-
  • Ber-
  • Ter-
  • Mem-
  • Per-
  • -kan
MORFEM TERIKAT TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIAN:

i) MORFEM TERIKAT SATUAN

Bentuk morfem yang kukuh dan tidak boleh dipisahkan bahagiannya. Kebiasaannya terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran.

Imbuhan Awalan: 

  • Di-
  • Ber-
  • Ter-
  • Mem-
  • Me-
Imbuhan Akhiran:
  • -an
  • -kan

ii) MORFEM TERIKAT TERBAHAGI

Struktur morfem yang dipisahkan oleh kata dasar di antaranya. Kebiasaannya terdiri daripada imbuhan apitan.

Imbuhan Apitan:
  • Di-...-kan
  • Me-...-kan
  • Mem-...-kan
  • Per-...-kan
  • Men-...-kan
  • Ber-...-kan
  • Ke-...-an

iii) MORFEM TERIKAT KOMPLEKS

Gabungan dua morfem terikat atau lebih. Terdapat dua morfem terikat atau lebih digunakan.

Morfem Terikat Kompleks:

  • Diper-...-kan
  • Diper-...-i
  • Memper-...-kan
  • Memper-...-i

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAB 1 (1.6) BINAAN AYAT

    BINAAN AYAT Ayat ialah  unit tatabahasa yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang membawa sesuatu maksud.  Unsur  yang terkan...