BINAAN AYAT
- Boleh Berdiri sendiri
- Bentuk yang terkecil dan bebas
- Tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil
- Tergolong kepada dua bahagian (Perkataan Utama & Perkataan Bukan Utama)
- Boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
- Binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unik yang mengandungi dua perkataan atau lebih.
CONTOH: burung, seekor burung, burung merpati, seekor anak burung merpati
iii) KLAUSA
- Mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat
- Terbahagi kepada dua jenis (Bebas & Tidak bebas)
JENIS KLAUSA:
i) KLAUSA BEBAS/UTAMA
Boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap jika disertakan dengan intonasi yang betul.
Contoh: Jadilah seorang yang rajin belajar.
ii) KLAUSA TIDAK BEBAS
Tidak boleh berdiri sendiri kerana kekurangan subjek, predikat, atau kata hubung.
Contoh: supaya menjadi seorang yang berilmu pengetahuan.
iv) AYAT
- Satu unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi tatabahasa yang lengkap.
- Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna
- Terdapat dua golongan ayat iaitu ayat dasar dan ayat terbitan
- Setiap ayat mengandungi pelbagai jenis dan ragam ayat.
- Ayat Penyata- Ayat Tanya- Ayat Perintah- Ayat Seruan- Ayat Majmuk- Ayat Aktif- Ayat Pasif
- Unsur dan konstituen yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa yang terkandung dalam suatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut. (Tunggal atau Majmuk)
- Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa.
Contoh: Ayah sedang membaca buku.
- Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa.
Contoh: Ayah sedang membaca buku sambil mendengar lagu.
RINGKASAN:
Perkataan: Gadis | jelita | itu | sedang | membaca |
Frasa: Gadis jelita itu | sedang membaca.
Klausa: Gadis jelita itu sedang membaca.
Ayat: Gadis jelita itu sedang membaca.
POLA AYAT DASAR
- Konsistuen subjek = diisi oleh frasa nama (FN)
- Konsistuen predikat = diisi oleh empat unsur yang berbeza:
- Frasa Nama (FN)- Frasa Kerja (FK)- Frasa Adjektif (FK)- Frasa Sendi Nama (FSN)
Berikut merupakan empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu:
- Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
- Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
- Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
- Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)