Ahad, 13 Disember 2020

BAB 1 (1.6) BINAAN AYAT

 

 BINAAN AYAT


Ayat ialah unit tatabahasa yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang membawa sesuatu maksud. Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat. Kedua-dua unsur ini akan menentukan jenis ayat tersebut sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.



STRUKTUR BINAAN AYAT:

i) PERKATAAN
  • Boleh Berdiri sendiri
  • Bentuk yang terkecil dan bebas
  • Tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil
  • Tergolong kepada dua bahagian (Perkataan Utama & Perkataan Bukan Utama)


ii) FRASA
  • Boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
  • Binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unik yang mengandungi dua perkataan atau lebih.
CONTOH: burung, seekor burung, burung merpati, seekor anak burung merpati



iii) KLAUSA
  • Mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat
  • Terbahagi kepada dua jenis (Bebas & Tidak bebas)

JENIS KLAUSA: 

i) KLAUSA BEBAS/UTAMA 

Boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap jika disertakan dengan intonasi yang betul.

Contoh: Jadilah seorang yang rajin belajar.


ii) KLAUSA TIDAK BEBAS

 Tidak boleh berdiri sendiri kerana kekurangan subjek, predikat, atau kata hubung.

Contoh: supaya menjadi seorang yang berilmu pengetahuan. 


iv) AYAT
  • Satu unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi tatabahasa yang lengkap. 
  • Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna
  • Terdapat dua golongan ayat iaitu ayat dasar dan ayat terbitan
  • Setiap ayat mengandungi pelbagai jenis dan ragam ayat. 
- Ayat Penyata
- Ayat Tanya
- Ayat Perintah
- Ayat Seruan
- Ayat Majmuk
- Ayat Aktif
- Ayat Pasif 

  • Unsur dan konstituen yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa yang terkandung dalam suatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut. (Tunggal atau Majmuk)
  • Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa. 

Contoh: Ayah sedang membaca buku.

  • Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa.

Contoh: Ayah sedang membaca buku sambil mendengar lagu. 


RINGKASAN: 

Perkataan: Gadis | jelita | itu | sedang | membaca |

Frasa: Gadis jelita itu | sedang membaca.

Klausa: Gadis jelita itu sedang membaca.

Ayat: Gadis jelita itu sedang membaca.


POLA AYAT DASAR

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam satu bahasa (Tatabahsa Dewan

Pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandukan pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konsistuen ayat-ayat itu (subjek dan predikat

  • Konsistuen subjek = diisi oleh frasa nama (FN)
  • Konsistuen predikat = diisi oleh empat unsur yang berbeza: 
- Frasa Nama (FN)
- Frasa Kerja (FK)
- Frasa Adjektif (FK)
- Frasa Sendi Nama (FSN)

Berikut merupakan empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu:

  • Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
  • Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
  • Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
  • Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) 

(rujukan: http://ammarfaris94.blogspot.com/2017/09/bab-8-definisi-ayat-binaan-ayat-pola_12.html)

BAB 1 (1.5) BINAAN KLAUSA

 

  BINAAN KLAUSA

Klausa terbentuk dengan adanya subjek dan predikat dalam satu rangkai kata. 

CONTOH:

dia belum datang.

Dia = Subjek 

Belum datang = Predikat 


Klausa dan ayat adalah berbeza kerana klausa hanya berfungsi sebagai konstituen kepada ayat.


(rujukan: http://ammarfaris94.blogspot.com/2017/09/bab-9-frasa-dan-klausa.html)

BAB 1 (1.4.4) BINAAN FRASA SENDI NAMA

 iv) BINAAN FRASA SENDI NAMA 



rujukan: https://www.wattpad.com/415766639-bahasa-melayu-penggal-2-stpm-jenis-binaan-frasa

BAB 1 (1.4.3) BINAAN FRASA ADJEKTIF

 iii) BINAAN FRASA ADJEKTIF

Merupakan satu rangkaian perkataan yang mempunyai kata adjektif sebagai kata intinya





rujukan: https://www.wattpad.com/415766639-bahasa-melayu-penggal-2-stpm-jenis-binaan-frasa

BAB 1 (1.4.2) BINAAN FRASA KERJA

 ii) BINAAN FRASA KERJA


Inti atau kata utamanya terdiri daripada kata kerja 

Jenis Frasa Kerja:

a) TRANSITIF

Frasa kerja mempunyai objek sebagai penyambut iaitu frasa nama selepas kata kerja





UNSUR KETERANGAN:

  • Tempat/Arah = di, ke, kepada, pada, daripada, dari
  • Waktu/Masa = pada, hingga, dalam, sejak dan ada frasa nama selepasnya (contoh: semalam)
  • Cara (-nya), bercantum dengan kata adjektif atau selepas kata sendi nama (dengan)
  • Tujuan/Harapan = demi, untuk, bagi
  • Alat = terdiri daripada frasa sendi nama dengan
  • Penyertaan = menerangkan maksud bersama-sama, digandingkan dengan kata sendi nama dengan
  • Hal = mengenai, tentang, terhadap
  • Perbandingan = bak, laksana, bagai, menunjukkan persamaan


b) TIDAK TRANSITIF

Tiada objek (frasa nama) sebagai penyambut dan boleh disertai kata bantu (aspek, ragam) dan unsur penerang



rujukan: https://www.wattpad.com/415766639-bahasa-melayu-penggal-2-stpm-jenis-binaan-frasa

BAB 1 (1.4.1) BINAAN FRASA NAMA

 

i) BINAAN FRASA NAMA




rujukan: https://www.wattpad.com/415766639-bahasa-melayu-penggal-2-stpm-jenis-binaan-frasa 

BAB 1 (1.4) BINAAN FRASA

 FRASA DAN BINAAN FRASA 


1) FRASA NAMA (ENDOSENTRIK)

Inti:
  • Kata Nama
  • Nama Terbitan
  • Ganti Nama
Boleh disertakan dengan unsur lain pada bahagian hadapan atau bahagian belakang.

Bahagian Hadapan:
  • Penjodoh Bilangan
  • Kata Bilangan
Bahagian Belakang:
  • Kata Penentu (itu & ini)
  • Unsur Penerang

BAB 1 (1.6) BINAAN AYAT

    BINAAN AYAT Ayat ialah  unit tatabahasa yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang membawa sesuatu maksud.  Unsur  yang terkan...